Wednesday, 5 February 2014

Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua

Buku #5 Beli tahun dan bulan sama dengan 'Dari KLCC ke Tanjung Malim'. Yihaa
Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua
Hasil penulisan Lucy Berat untuk aku faham jugak. Banyak isu serius yang dia bincangkan. Dari lah sejarah Dunia, tanah melayu, reformasi, dan kehidupan sehari hari.

Cerita serius berdasarkan fakta. Umpama buku rujukan standard di SIRIM aku rasa. Dan tidak langsung pengetahuan aku pun bertambah. Minat dengan Lucy dari sokernet blogspot. Semua sejarah dia lipat. Hebat. Banyak ilmu. Marilah kita membaca buku ye.

Dari KLCC ke Tanjung Malim

Buku #4 Beli tahun 2014 bulan Januari haha!
Dari KLCC ke Tanjung Malim
Aku hormat orang yang cuba improve diri dari hari ke hari. Kawan aku pun setuju hal ni. Fdaus naik bas dari rumah ke KLCC naik bas bertahun - tahun lama nya. Aku perasan cerita buku dia sama dengan cerita di blog dia sendiri. Bijak bukan? senang. HAHA.
Buku 1 dan 2 fdaus ada unsur agama, rohani dan dunia. Itu yang boleh aku puji. Dari cerita tali pinggang ajaib, jadi imam takda air wuduk, keypad error, cerita fateem yang padu, cerita cikgu sekolah kuala kubu baru lagi. tapi sekarang aku dah berkawan dengan dia di facebook. Rupa nya dah jadi Takafulman. Dan aku juga ke arah itu.

Ulu Yam Di Liverpool

Buku #3 Beli tahun 2013 bulan tak ingat lagik
Ulu Yam Di Liverpool
Buku ni buku motivasi. Aku baca tak habis-habis. Jadi nanti aku sambung.

Dari Tanjung Malim Ke KLCC

Buku #2 Beli 2013 bulan tak ingat jugak
Dari Tanjung Malim Ke KLCC
Aku adalah peminat pipiyapong. Dari blog pipi aku jumpa pengarang buku ni. Sebaya aku pulak. Tapi dia lebih berjaya. haha. Dari blog fdaus ahmad ni lah aku cari buku ni. Dia kata buku ni seronok. Seronok macam pakai seluar Dockers masa sekolah menengah zaman 90an.
Jiwa jurutera sesuai dengan jiwa seni, sebab itu dia menulis. Aku rasa. Himpunan cerita - cerita hidup fdaus ni, dia buku kan dan dapat duit pulak lepas tu. Jangan mencuri dan malas. Usaha. Itu je kesimpulan nya. Cerita buku ni turun naik. Ada kelakar sampai aku menangis dan ada biasa - biasa sahaja. Yelah tak kan semua nak gelak kan?
Buku kedua ni ada kemajuan membaca untuk aku. Laju sikit baca. So bini aku pun dah mula pelik aku asyik baca buku dari sibuk tengok telepon. Buku ke dua fdaus adalah Dari KLCC ke Tanjung Malim, 

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Buku #1 Beli 2013 bulan tak ingat
Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia
Nak mula balik baca buku nipis agak susah. Macam jawab kertas Thermodynamic sampai tak cukup kertas jawapan. Topik bola kawan aku yang lebih minat. Katanya minat dari kecik. Jadi aku tumpang jugak lah akhirnya.
Buku ni sarat dengan input malah penulis - Lucy, siap tulis - FAM tak tolong untuk kumpul isi untuk buku ni, lebih kurang lah maksudnya. hihi
Maaflah aku pun lupa juga apa isi buku ni, sebab baru je nak mula tulis dan ulas. Lagi satu Lucy ada cerita pasal apahal berlatih atas bukit yang sejuk tapi nanti berlawan di tempat yang panas. Tanah Arab!.
Jadi kamu patut beli buku ni sebagai peminat bola sepak Malaysia. Dan berharap dapat beli buku Lucy pasal Cerita Piala Dunia

buku-buku

ini adalah satu cara untuk merekod dan latihan menulis bahan bacaan yang telah dibaca. jika dilihat kembali pada 25 tahun yang lalu, komik-komik dari china adalah kegemaran. simpan duit dan beli di kedai depan tadika kemas tebuk pulai, sabak bernam
malah minat juga meminjam buku dari sekolah rendah. lagi-lagi buku cerita p ramlee.
bila berpindah ke kajang. minat membaca hilang dari minat. sehingga lah tahun 2013. hihi

membaca jambatan ilmu !