Monday 30 March 2015

Catatan Matluthfi


Aku makin laju aku baca buku sekarang ni. Nak lawan orang yang sibuk main telepon. Aku sibuk baca buku. Power. Fuh.

Mat ni lama dah aku follow. Rasa nya habis video mat aku layan. Mat hang power.

Buku Mat ni sama dengan buku-buku sebelum ni aku baca. Berkisarkan hidup sendiri. English pulak power mat ni. Level IELTS paling tinggi. haha.

Quote Mat yang dia tulis sejujur boleh jadi inspirasi pada aku. Aku pun suruh gf baca. So sama-sama dapat faedah. Ayat Mat paling aku suka:

When God puts you in a situation where no one can help, He really means business - one on one. 

Wednesday 25 March 2015

Proletar Dua Menara


OK. Aku baru habis buku ni. 2 bulan. Punya lah malas. haha. Betul banyak hal yang buat pembaca kena fikir dan kaji. Topik yang penulis bawa jugak bagus. Lagi-lagi untuk jual takaful. hehe

Dari cerita KLCC, cikgu, fateem, faseeh dan abdullah semua dia goreng. Dari hal fb, penjual karipap, budak sekolah agama, mak bapak semua ada. Akhir kata buku ni, dia harap semua suka baca buku dan dapat bawa rakyat Malaysia berani menulis buku. 

Dan aku doakan si rebel ni dapat beli porsche! 

Friday 22 August 2014

A Picture is Worth a Thousand Words

OK.
Akhirnya sampai jugak hajat aku beli buku gambar ni. Buku ni hasil usaha brader Udey. Udey ni skang buat biz mcm2. Travel new zeland, photostock, jual baju budak etc.

Apa yang korg dapat dari buku ialah mungkin sebagai rujukan pada siapa yang minat photography. aku cita cita nak jadi photographer professional mcm brader bustamam mokhtar ke. ha power tak??

ni buku aku untuk bulan Ogos 2014!

Tuesday 17 June 2014

Orang Hodoh Cantik

Ini adalah buku bacaan aku untuk bulan puasa Julai ni. Buku di terbitkan oleh abang dubook. Dan pertama kali juga aku beli dekat borders.
Orang Hodoh Cantik
Harapan setinggi gunung aku nak baca buku ni. Harap ko tak hampakan abam. Ha buku ini di ilhamkan oleh saudara Stam Mustapha.

Tuesday 13 May 2014

Kacau

Ini adalah buku yang agak berat, maklum lah dah lama tak baca novel seram. Buku yang diterbitkan oleh fixi, dikarang oleh Ariff Adly ini mengisahkan sekumpulan kawan yang diganggu oleh syaitan. Kadang rasa terlalu 'over' dia punya keseraman tapi dah penulis nak buat macam tu nak buat macam mana ye dak?
Baru baca mukasurat 219 daripada 326, nanti penghujung buku ni aku sambung balik ok.

Ok sebagai penutup, aku agak celaru nak faham ending cerita ni. Perjanjian dengan entiti tu pun pakai verbal je. Patutnya ada written agreement. hihi. 

Tuesday 22 April 2014

Pesta Buku


Akan berlangsung festival jualan buku peringkat anatarabangsa di PWTC.
Bermula pada 24 April sehingga 4 Mei 2014

Ayuh!!

Wednesday 5 February 2014

Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua

Buku #5 Beli tahun dan bulan sama dengan 'Dari KLCC ke Tanjung Malim'. Yihaa
Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua
Hasil penulisan Lucy Berat untuk aku faham jugak. Banyak isu serius yang dia bincangkan. Dari lah sejarah Dunia, tanah melayu, reformasi, dan kehidupan sehari hari.

Cerita serius berdasarkan fakta. Umpama buku rujukan standard di SIRIM aku rasa. Dan tidak langsung pengetahuan aku pun bertambah. Minat dengan Lucy dari sokernet blogspot. Semua sejarah dia lipat. Hebat. Banyak ilmu. Marilah kita membaca buku ye.